Ahad, 17 Februari 2013

HUKUM ADAT












                             PENGERTIAN HUKUM ADAT



          Iaitu suatu penetapan atau penafian kepada sesuatu perkara yang dihukumkan dengan ADAT
(perkara yang biasa berlaku). Bukan dihukumkan dengan akal fikiran (Hukum Akal) dan juga bukan
dihukum dengan Syarak (Hukum Syarak).

           Sebagai contoh seperti terasa kenyang dengan makan, terasa dahaga bila tiada minuman, terasa
sejuk bila tiada selimut dan tidak membakar bila sesuatu itu basah. Tetapi bila ditilik dari segi Hukum Akal
semua perkara itu boleh menyalahi pada adat. Kerana pada hakikatnya Allah Taala lah yang menentukan
sama ada kenyang, hilang dahaga, menghangus, terasa sejuk dan membakar walaupun basa. Inilah satu aqidah yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diwajibkan ke atas kita berpegang teguh di hati atau ke atas setiap orang yang akil baligh daripada Muslimin dan Muslimat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan