Jumaat, 8 Februari 2013

HUKUM AKAL


Pengertian Hukum Akal

  Iaitu suatu penetapan atau penafian dengan suatu perkara yang dihukum berdasarkan akal fikiran dan bukan dihukumkan dengan adat dan bukan juga dengan Hukum Syarak. Hukum Akal ini terbahagi kepada tiga:


       a) WAJIB
 
         Pengertian Wajib Pada Akal.


         Iaitu suatu perkara yang tidak boleh diterima pada akal bahawa perkara itu tidak ada. Menurut pendapat Syeikh Tilmisani yang dikatakan wajib pada akal iaitu tiap-tiap suatu perkara yang dihukum pada akal dengan ada, maka tiada diterima oleh akal, seperti mengikut keputusan akal bahawa 4x4=8. Tidak mungkin 4x4 boleh menjadi 8 dan sebagainya.

Sebagai contoh lagi seperti mengambil ruang bagi setiap jirim seperti pokok dan batu daripada tempat lapang. Oleh itu jikalau seseorang berkata bahawa pokok atau batu tidak mengambil ruang daripada bumi maka akal kita tidak dapat menerimanya kerana mengambil ruang untuk pokok atau batu tadi adalah wajib, iaitu akal tidak dapat membenarkan ketiadaannya. Seperti juga setiap jirim (benda ) itu wajib memilih salah satu sama ada gerak atau diam.



            b) MUSTAHIL

                 Pengertian Mustahil Pada Akal.


                Iaitu suatu perkara yang tidak boleh diterima pada akal bahawa perkara itu ada.
                Maka diterima pada akal adanya.

                Sebagai contoh, butir batu. Yang mana jika seseorang mengatakan bahawa batu tersebut
                tidak bergerak dan tidak diam. Maka akal kita tidak dapat menerimanya kerana ketiadaan gerak
                dan diam dalam satu masa bagi batu tersebut adalah mustahil, yang mana akal tidak boleh
                menerima berlakunya perkara tersebut.
              
                Begitu juga sifat lemah adalah mustahil bagi Allah Taala. Apabila dikatakan lemah itu mustahil
                bagi Allah Taala, adalah maknanya tidak membenarkan akal kita berlaku kelemahan pada Allah
                Taala. Begitulah juga kita katakan pada semua perkara mustahil yang lain.




c)HARUS

Pengertian Harus Pada Akal.

Iaitu suatu perkara yang boleh diterima pada akal sama ada perkara itu ada ataupun tidak ada (perkara yang harus ini tidak berhimpun dalam satu masa ada dan tiada. Ertinya boleh ada pada suatu ketika dan tiada pada suatu ketika yang lain pula dengan maksud berganti-ganti ada dan tiada).

Sebagai contoh kewujudan anak bagi seorang yang bernama Umar. Maka apabila seseorang berkata, Umar mempunyai seorang anak. Akal kita mengharuskan dengan kebenaran tersebut. Begitu juga sebaliknya kalau ia mengatakan Umar tidak mempunyai anak. Akal kita juga mengharuskan kebenaran percakapan tersebut. Oleh itu adanya anak bagi Umar atau tiada adalah harus, yang mana akal kita boleh membenarkan adanya atau tiadanya. Manakala dikatakan Allah Taala memberi rezeki kepada seseorang satu ringgit, maka dihukum harus, dengan makna akal kita boleh membenarkan kewujudannya pada suatu ketika dan ketiadaannya pada suatu ketika yang lain (rezeki seringgit kepada seseorang tersebut).

akan bersambung In Shaa Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan