Khamis, 12 Jun 2014

MENCARI REDHA ALLAH SERTA YAKIN DENGAN ALLAH





Aku yakin dengan Allah...
Allah itu pemberi rezeki...

Setelah mulut beribu, berjuta atau lebih seringkali mengungkap ayat-ayat di atas, adakah kita sedar bahawasanya hanya mulut yang berkata-kata tapi tidak hati yang percaya.
Kenapa dan mengapa hati kita sering tidak percaya kepada Allah bahasanya Allah itu MAHA BESAR dan MAHA BERKUASA.


Sebuah kisah dan perjalanan hidup seorang hamba Allah aku nak coretkan pada hari ini.


Nama beliau adalah A beliau ni adalah anak sulong dalam sebuah keluarga.
Beliau tidak lah sehebat adik beradik yang lain dan tidak lah sepandai adik beradik yang lain dalam keluarganya. Beliau SPM hanya lekeh-lekeh tetapi Alhamdulillah subjek Pendidikan Islam beliau A- kira ok la walaupun A- kata orang la. Beliau sewaktu di tingkatan 3 sering di hina di sebabkan kelemahan beliau dalam pelajaran duniawi. Sering dipandang rendah dan sering dibanding-bandingkan dengan sepupu-sepupu beliau yang bijak pandai. Perjalanan beliau bermula apabila beliau di tingkatan 5 pada hari peperiksaan SPM beliau telah mula berubah dari segi pmakaian dan penampilan(orang kata dari rock ke Islamik) kerana beliau tertarik dengan pemakaian geng tabligh. Setelah jeans dan t-shirt rock di tanggalkan, hati beliau terbuka untuk ke Institusi Pondok kerana beliau amat tertarik dengan pemakaian Sunnah dan kehidupan yang teramat zuhud(apabila dalam kawasan pondok) Alhamdulillah, kali kedua Allah beri nikmat kepada beliau yakni nikmat kerendahan hati dan diri. Setelah 3 bulan di Institusi Pondok, keputusan peperiksaan SPM di umumkan. Beliau yang asyik dalam nikmat dan barokah di Institusi Pondok langsung tidak pulang dan langsung tidak mengambil tahu tentang keputusan peperiksaan tetapi ibunya pula yang menghubungi beliau dan mengatakan beliau mendapat keputusan yang kurang baik dalam SPM. Apabila pulang ke rumah, beliau di paksa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA/S dalam keadaan terpaksa, beliau memohon juga demi menjaga hati ibunya. Dalam tempoh sekian lama, beliau menunggu jawapan dari IPT, beliau di hina dan di cerca lagi kerana rakan-rakan mendapat keputusan yang cemerlang dan telah mendapat tempat di IPT. Dengan YAKIN hatinya berkata rezeki itu milik Allah bukan bergantung atas SPM. Setelah beberapa bulan berlalu, sampai lah surat bertali arus dari IPT ke rumah beliau antaranya KIAS, KUIN, KUIM dan KUISAS. Terkedu dan bingung ahli keluarga kerana dengan keputusan yang tidak lah sehebat mereka yang lain, beliau telah mendapat tempat di IPT.



Kesimpulannya,

JIKA KAU MENCARI REDHA ALLAH, ALLAH PASTI MENOLONG DIRI MU!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan